Thursday, March 5, 2009

Sekali Negeri Pasir Dua Butir daaaaa.......

Salam,
Kali ni aku nak tulis pasal negeri aku yg dah pun bertukar nama. Dahulu org tau negeri aku nie byk timah. Pasal sumber bumi ini jugalah negeri aku terkenal kat mata dunia. Mat saleh mula-mula datang kat negeri aku dulu pun datang jumpa sultan bukan pasal nak bagi nasihat saja, tapi nak hasil bumi negerinye sekali.

Selepas berakhir zaman penjajah mat saleh, kini negeri aku nie kembali bergolak. Bukan pasal hasil bumi timah, tapi pasal kuasa. Satu pihak kata dia mewakili rakyat, satu lagi ngaku dia wakil sultan. Apa2 sahaja akuan dari kedua belah pihak, yang pastinya, parti memerintah malaysia le yg selalu betul. Bukan aku sorang kata cam tu, byk lagi yg kata cam tu. Aku tau parti pemerintah nie byk kompenan, sampai semua yg tak terlibat dalam politik pun dia boleh kasi jadi dia punya kompenan. Bukan aku sorang je yg kata cam tu, ramai lg yang kata cam tu.

Akhirnya jadilah negeri aku nie sebuah negeri pasir dua butir setelah persidangan yg pada pandangan aku sah. Aku kata sah bersebat, ini kerana PDRM dah jadi kompenan umno/bn untuk menghalang 'lawmaker' bersidang. Speker memutuskan buat sidang bawah pokok bg meneruskan agenda yg telah diwar-warkan oleh PR.

Berikut adalah sebahagian dari sumber blog yg aku baca untuk dptkan maklumat terkini berkaitan negeri kesayangan ku ini. Kat dalam tv pun dah byk pihakmembuat ulasan, rata2 menyatakan jln penyelesaian terbaik bg kemelut ini adalah BUBAR DUN (nie yg puak umno/bn kecutkan). Untuk itu teruskan baca sebahagian blog yg aku copy dan paste ........

Aku bila mula je on pc pasti pi TKO seterusnya ke Al Husseyn dan selanjutnye ke Albanjari, TBO, ABO dan lain2 lg seperti link disebelah kanan tu........

Tuesday, March 3, 2009

Sidang Paling Tergempar dalam dunia!


Apa punya haprak! Umno / BN nampak sangat gilakan kuasa dan terus menyalahgunakan segenap kuasa yang ada pada mereka tanpa merujuk kepada undang-undang / perlembagaan yang ada.

Amat malang sekali bagi kita semua, kerana pihak polis sanggup diperalatkan bagi kepentingan segelintir orang politik yang gilakan kuasa.


Lantaran kecut perut dengan keputusan persidangan tergempar Dewan Undangan Negeri, mereka telah begitu terdesak hingga menggunakan pasukan polis simpanan untuk menghalang persidangan itu berlangsung.

Kekecuhan berlaku yang hampir mencetuskan pergaduhan diluar pintu masuk SUK (bahagian belakang) apabila rombongan ADUN Pakatan Rakyat tiba untuk memasuki kawasan bangunan SUK yang telah dikawal ketat oleh Unit Polis Simpanan.


Rombongan ADUN PR terpaksa berhadapan dengan kerenah Samseng Melayu yang membuat provokasi, yang dipercayai daripada kumpulan Pakida yang cuba menghalang ; namun pihak keselamatan Pakatan Rakyat terus bertindak dengan kesabaran yang cekal dan tidak melayani provokasi yang dihadapi.


Dukacita keadaan yang begitu tegang hanya diperhatikan begitu sahaja oleh pasukan keselamatan yang ada seolah-olah biji mata mereka semuanya diperbuat daripada biji-biji guli.

Sementara dibahagian hadapan bergolak begitu sengit dan tegang, kumpulan yang terdiri daripada ADUN PR berundur kebelakang menuju ke tempat yang agak lapang dibawah sebatang pokok.


Dan disitulah, dibawah pokok dan dihadapan rakyat yang ada, mereka mengambil keputusan yang sangat bersejarah , Dewan Undangan Negeri Perak telah mengadakan sidang tergemparnya!


Ya, sangat menggemparkan! Tidak pernah terjadi dalam sejarah kemajuan teknologi yang sejanggih kini , Dewan Undangan Negeri bersidang satu kawasan berdekatan dengan SUK, iaitu kira-kira 100 meter jaraknya dan dibawah pokok! Speaker, YB V.Sivakumar mengumumkan kawasan tersebut sebagai tempat untuk bersidang!

Sidang tersebut dihadiri oleh semua 28 ADUN PR termasuk YAB MB dan Speaker sendiri.


Dewan meluluskan 2 usul yang dibawa oleh ADUN Titi Serong dan ADUN Teja.Usul ADUN Titi Serong disokong oleh ADUN Canning.Usul ADUN Teja disokong oleh ADUN Hutan Melintang.

Ustaz Misbah yang dilantik sebagai SU Dewan mengendalikan sidang tergempar dengan baik.

Dato' Ngeh Khoo Ham mengusulkan usul ke-3 supaya dewan menerima keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.Disokong oleh ADUN Sungkai.Usul diterima sebulat suara.YAB MB, ADUN Pasir Panjang usulkan dewan ditangguh.Disokong oleh ADUN Sungkai.

No comments:

Post a Comment