Thursday, February 26, 2009

MB Perak Kini & Media

Salam,

Sejak akhir2 nie, selalu sgt MB kudeta ni masuk tv, cayalah. Nie le yg dikatakan prihatin terhadap rakyat, tak macam DS Nizar dulu, keluar tv pun boleh dibilang ngan jari, tu pun cite yg bukan2.

Inilah nikmatnya bila MB tu adalah umno/bn. Semua kemudahan menggunakan media perdana diperolehi malah disediakan pula wartawan khas yg sentiasa membontoti beliau.
Muka si Zahid pun selalu gak kluar tv, cuma DS Najib je yg kurang skit kali nie. Apa2 pun tahniahle, kepada korang sume kerana mengembalikan semula kegemilangan media arus perdana nie.

Terus terang aku katakan bahawa apa yg berlaku kini adalah satu kempen percuma bagi PR. Sebab rakyat kat bawah nie boleh lihat dengan mata mereka sendiri betapa adilnya umno/bn nie.

Punya le aku benci kat media perdana akhirnya aku tgk gak tv tu. Bukan apa saje je nak tengok, nanti org kata tak lihat perkembangan negara pulak.

Macamana pun aku harapkan agar media arus perdana nie teruskan cara anda ini atau kekalkan prestasi sekarang, semoga mudah skit kami nak kempen masa PRU13 nanti.

Sekian.

No comments:

Post a Comment