Tuesday, March 24, 2009

Tragedi N25 Bukit Selambau

Salam.

Setalah lama juga tak buat post, hari ni aku nak post kan kisah benar yang terjadi pada 23/03/09 (isnin) lalu. Kejadian tersebut adalah rentetetan rakusnya kuasa sang pemerintah dalam memberi arahan kepada parti komponen dulu kini dan selamanya. Parti komponen tersebut adalah FRU dan juga Polis.

Aku dan kawan2 aku yg datang untuk mengikuti ceramah dari Anwar di Taman Ria Sg. Petani telah sama2 memperolehi pengalaman yg sama dengan sahabat2 di Kuala Lumpur sewaktu menghantar memorandum GMP ke istana negara tempohari. Niat kami hanya ingin mendengar amanat dan juga kata2 semangat dari Anwar untuk menghadapi PRK yg akan berlangsung pada 7/04/09 nanti, itu je.

Aku dan kawan2 aku dah berpecah sewaktu ceramah nak bermula. Ini berlaku kerana sikap aku yg tak puas kalau tak dapat dekat ngan pentas utama. Manakala kawan aku yg 2 orang tu pula syok ikut budak2 yg bawa bendera kehulu kehilir tanpa arah.
Aku sempat gak tengok Anwar turun dari kereta dan seterusnya naik kepentas utama. Majlis dimulakan dengan ucapan dari ketua pemuda PKR yg pencalonannya ditolak pada PRU 13 lepas. Mamat ni sempat cakap kejap je coz nak kasi Anwar teruskan ucapan dan memperkenalkan calaon N25 Bukit Selambau.

Kalau tak silap aku Anwar baru je bagi ucapan penghargaan pada FRU dan gak Polis, tiba2 semburan water canon telah sampai kepentas utama. Keadaan kelam kabut berlaku dan aku sendiri pun kena. Gatal gak air tu, aku hampir tak leh nampak coz mata dah pedih. Oooh ni rasanye air water canon tu, boleh tahan gak gatalnye, celaka punya FRU, aku bayar cukai bukan untuk mereka perlakukan aku cam tu. Aku dan orang ramai yg lain turut beredar dalam keadaan kelam kabut tu. Aku ingat orang melayu je yg kena, rupa2 nye org cina dan india pun kena. Aku rasa nie le kali pertama orang cina kena air dari water canon tu. Mereka juga sempat mencelakakan fru dan polis dalam bahasa mereka (aku rasa le).

Motor aku ada berhampiran ngan pentas utama tu, nak tak nak kena balik semula ke pentas utama bagi mendapatkan motor aku tu. Aku lihat polis telah mula menjalankan operasi menangkap orang yg masih lagi berada disekitar pentas utama. Aku pun turut dihalau dan nasib baik aku tak kena tanggkap sama. Dalam perjalanan nak balik selepas aku mengambil motor aku, kali ni aku kena gas pemedih mata pula. Aku terpaksa memberhentikan motor aku kerana dah tak nampak jalan. Pedih betul mata ni nak menahan asap tu. Mujur ada mamat mana entah, tiba2 je kasi aku garam untuk makan. Lega skit rasanya mata nie. Dalam hati aku dah menyumpah seranah fru dan polis, ini termasuk gak umno/bn. Lama gak baru rasa pedih dan gatal2 badan hilang.

Aku rasa ni le pengalaman pedih dan gatal dalam seumur hidup aku.
Akhir kata buat FRU dan Polis, Korang memang bajingan dan anjing upahan Umno/bn.
Aku doakan semoga rezeki yg korang dapat dari tindakan seperti ini akan dilaknat oleh allah s.w.t. Semoga hancur le kebahagian hidup korang di dunia dan akirat hendak nye. Amin...............

1 comment: