Monday, March 9, 2009

PPSMI oh PPSMI

Salam,

Kali ini aku kan tulis pasal PPSMI pula. Sebenarnya aku sejak dari dulu lagi membantah PPSMI ni, sebab aku dah tau byk masalahnye. Bukan aku sorang je yg kata cam tu, kakak aku yg cam lalang tu pun kata benda yg sama. Pada pandangan kakak aku PPSMI ini menyusahkan, terutamanya dalam subjek math. Kakak aku ngajar math untuk ting. 3,4 dan 5. Dia tau mmg byk masalah nak ajar math dalam bahasa inggeris. Dah le subjek math nie pelajar kurang minat, bila diajar dalam bahasa ingeris, makin tak minat le pelajar2 nie. Aku dulu tak brapa paham sangat masalah ni, tapi bila anak aku masuk darjah 1 dan kini darjah 2, baru aku tau sukarnye mengajar math dan sains dalam bahasa inggeris. Kesian aku tgk wife aku ngajar anak aku yg sulung tu.

Atas sebab nie le menambahkan benci aku kepada umno/bn. Dulu dia org hapuskan tulisan jawi, la nie dia org nak hapuskan pula bahasa melayu. Inilah yg dikatakan sebagai pembela bangsa dan agama. Macam mana pun aku ucapkan tahniah kepada semua yg hadir memberi sokongan sehingga berjaya diadakan perhimpunan menghapuskan PPSMI ni kat KL sabtu lalu. Semoga usaha kita akan mendapat kejayaan. Berikut antara gambaran apa yg berlaku sabtu lalu. Sumber ni aku perolehi dari blog al-husseyn, mari kita saksikan................

Sunday, March 8, 2009

Syabas : Perhimpunan 100ribu rakyat yang patriotik


Tahniah kepada rakyat Malaysia diatas semangat patriotik kental mereka untuk bersama Perhimpunan 100,000 Rakyat kelmarin di di ibu negara petang kelmarin, anjuran Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI).


Saya bersama empat orang rakan tiba di Masjid Jamek jam 12.00 tengah hari.Setelah meletakan van berhampiran disitu, kami pun menapak ke Masjid Negara yang jaraknya satu kilometer.


Sampai disana, orang sudah mula berkumpul.Semakin ramai manusian berbondong memasuki kawasan masjid tersebut.Polis pun ramai.Bila masuk waktu sembahyang, kami pun sembahyang.


Saya tak nampak pun mana-mana polis yang berunifom turut sama bersembahyang. Mereka hanya patuh ikut perintah ketua mereka walaupun mereka mengaku bertuhankan Tuhan yang sama.

Selesai sembahyang , mereka berhimpun semula diruang hadapan masjid.Hujan renyai-renyai tepai tidak dapat menghalang mereka untuk berkumpul diperkarangan tersebut. Ketika ini pihak polis telah menutup pintu masjid untuk menghalang mereka daripada keluar.


Bagaimana pun, pihak polis tidak dapat menahan asakan ribuan penyokong yang merempuh sekatan menghalang mereka daripada keluar daripada kawasan Masjid Negara untuk menuju ke Istana Negara. Mereka sekadar mahu bersama – sama mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Induk GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.


Apa salahnya berarak untuk menyerahkan memorandum tersebut yang telah pun mendapat persetujuan Yang DiPertuan Agong untuk menerimanya? Andainya perarakan tersebut dibenarkan dan pihak polis membantu mengendalikannya pasti kekecuhan dapat dihindarkan dan proses perarakan tersebut hanya akan mengambil masa yang singkat, mungkin satu jam sahaja.

Sejak dari awal lagi GMP telah menjelaskan bahawa gerakan ini tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik dan tidak akan membenarkan sesiapa mengeksploitasinya.


Bahawa penyertaan ahli-ahli daripada parti politik tertentu yang menyertai perhimpunan tersebut sebagai hak mereka sebagai rakyat Malaysia.Tidak timbul tentang adanya pihak lain yang cuba mengeksploitasi keadaan tersebut sebagaimana dakwaan beberapa pemimpin Umno/BN


Sebanyak 135 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan turut serta dalam perhimpunan itu termasuklah Yayasan Tamil Kebangsaan dan Gabungan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong).


Terima kasih juga kepada pihak Unit Amal Malaysia yang turut memberikan bantuan mengawal keselamatan semasa perhimpunan dijalankan.

No comments:

Post a Comment